Saturday 22 August 2009

Istimewa Ramadhan ~ Lauk Cinta

“Ika, bangunlah…kau ni nak sahur ke tak ni?” Cumi goncang badan Ika yang dah terlelap di meja makan. Dah besar-besar pun boleh tidur waktu sahur.

Ika tenyeh-tenyeh matanya. Aroma tomyam yang dibeli di gerai Mek Shidah malam tadi menyegarkan matanya yang dah tertutup semula.

“Mana Chacha? Dia tak puasa ke esok?” Ika pusing kiri kanan atas bawah cari Natasha yang juga merupakan rakan serumah mereka.

“Itu lagi sorang, dah boleh jadi mak budak tapi perangai kalah anak sedara aku yang baru masuk darjah satu tu tau tak?” Cumi dah membebel.

Pintu bilik air diketuk dari luar. “Cha, kalau iya pun kau tu nak tidur, carilah tempat best sikit. Ni rumah setan gak yang kau suka. Setan dah kena kurung kau pulak nak ganti tempat dia.”

“Yelah…aku nak keluar la ni,” Cumi jawab dengan suara serak-serak basah.

Ketiga-tiga teman serumah itu kini telah bersiap sedia di meja makan. Juadah sahur mereka subuh itu, tomyam campur yang dimasak oleh Abang Mede, tukang masak di gerai Mek Shidah, telur dadar yang digoreng Cumi awal-awal tadi, dan daging masak merah baki lauk makan malam mereka.

“Cha baca doa. Cepat. Tak sempat pulak kita sahur nanti. Tadah tangan semua.” Cumi beri arahan.

Doa selesai dibaca. Mereka tiga memulakan suapan.

“Korang…lepas subuh nanti aku nak balik kampung. Kan cuti sekolah ni.”

“Ala Cumi….kalau kau balik kampung nanti siapa nak kejutkan aku bangun sahur? Nak masakkan aku nasi, gorengkan aku telur?” Chacha dah buat gaya tak berselera nak makan.

“Yelah Mi…nanti siapa nak masak berbuka? Aku dengan Chacha ni bukannya terror masak macam kau. Kau masak sedap. Aku teringin nak berbuka dengan ayam masak tomato kau hari ni,” Ika pulak buat ayat bodek.

“Jangan nak mengada-ngada. Macamlah tak pernah makan ayam masak tomato aku tu. Bukan dua hari lepas aku dah masak ke?”

“Kalau nak bangun sahur, nanti dari kampung aku call. Kalau korang tidur dalam bilik air ataupun terlelap kat bawah meja ni…tu aku tak tanggung.”

“Eh makcik-makcik berdua, takkan masak nasi pun tak reti. Kalau dah malas sangat, sebelum korang tidur tu pergi turun bawah. Abang Mede tu boleh je masakkan untuk korang berdua tapi dengan syarat,” Cumi buat ayat tergantung.

“Syarat apa?” Ika dah mula risau.

“Korang bayarlah. Takkan nak mintak makan free pulak.”

“Hahahahaha” Chacha ketawa. “Aku ingatkan dia nak no phone Ika tadi. Muka Ika dah cuak tadi tu.”

“Dah la korang ni. Cepat nanti terlepas waktu imsak.” Ika tukar topik. Dia tahu abang tukang masak di bawah tu memang minat padanya. Tapi hatinya belum terbuka lagi nak terima sesiapa.

* * *

Selesai solat Subuh, Cumi terus bersiap. Dia yang bertugas sebagai guru sekolah menengah akan berpuasa selama seminggu bersama keluarganya di kampung bersempena dengan cuti sekolah.

“Korang…aku gerak dulu ya. Mak aku dah telefon dah tanya bila nak gerak. Nanti aku balik dari kampung aku bawakan korang makanan best-best ya.”

Mereka bertiga besalaman. Sempat Cumi berpesan, “Nanti aku call kalau korang tak bangun sahur…aku suruh Abang Mede ketukkan pintu rumah ni.”

Ika tarik muka masam. Chacha dah tergelak-gelak nasib baik tak guling-guling atas karpet.

“Assalamualaikum. Sabtu minggu depan aku balik semula ya kawan-kawan.”

Chacha dan Ika dah ternganga. Mentang-mentanglah dia cikgu-cikgi. Cukup seminggu dia cuti puasa dekat kampung.

“Nasib kita la Cha. Dulu-dulu mak aku suruh belajar betul-betul, biar dapat jadi cikgu aku main-main. Sekarang dah jeles tengok si Cumi tu boleh cuti lama-lama. Nanti raya pun mesti dia cuti lama jugak tu.”

“Cha kita nak masak apa petang ni?”

Chacha lipat maut dari tumpuannya yang sedari tadi pada kaca televisyen. “Ika, baru pukul 7.12 pagi kau dah tanya nak masak apa? Memang lah kalah anak buah aku yang baru nak belajar puasa tu.”

* * *

Ringtone lagu 1 Malaysia berkumandang di telefon bimbit Ika. Patriotik sungguh anak dara yang seorang ini. Maklumlah hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 52 dah semakin hampir.

“Ika! Bangunlah! Dah empat kali aku call baru kau nak angkat? Cha pun sama jugak. Macam mana korang ni nak kahwin macam ni? Bangunlah Ika!, Cumi di talian sebelah sana dah terjerit-jerit. Kalau bukan kerana kasihkan sabahat yang berdua ni. Memang tak ingin langsung dia membazirkan kredit semata-mata nak kejutkan orang bangun sahur.

“Ika! Kau dengar ke tak ni? Aku tak nak kejutkan korang lagilah macam ni. Buat sakit hati aku je call jauh-jauh pagi-pagi buta macam ni. Aku kejut Haris pun tak susah macam nak kejut korang berdua ni.”

Cumi dah merajuk. Terasa sia-sia dia berkorban kalau kedua-duanya masih elok meleleh air liur basi. Sungguhlah Cumi terasa mengejutkan teman lelakinya lebih mudah dari mengejutkan anak dara berdua dalam rumah mereka.

“Aku dah bangun dah ni. Dah duduk tegak dah. Pukul berapa ni Mi?”

Jam di tepi katil dilihat dengan mata kuyu. Buntang mata Ika melihat waktu yang tertera.

“Mi, dah 4.45. Kenapa kau kejut lambat sangat? Mana sempat nak masak ni,” Ika kalut.

Pintu bilik Chacha diketuk-ketuk bagai nak roboh.

“Korang tu yang tidur macam lepas telan dadah tak sedar diri. Agaknya kalau rumah kita tu runtuh pun korang tak sedar. Tau-tau dah keluar je roh tu dari jasad.” Cumi laser balik.

“Tak payah masak. Kejap lagi ada orang ketuk pintu hantarkan makanan. Bukak pintu tu jangan korang duduk diam macam batu pulak. Ok..aku nak sahur ni. Bye.”

Chacha yang terganggu tidurnya akibat ketukan yang bertalu-talu di pintu biliknya akhirnya memunculkan diri.

“Ika, nak makan apa ni? Dah tak sempat nak masak nasi ni.”

Tukk..tukk..pintu rumah diketuk. Terdengar suara seorang perempuan memberi salam.

“Sape tu Ka? Hantu dah kena ikat kan?” Chacha yang tadinya lalok segar tiba-tiba.

“Kau ni mulut tu…Jom kita tengok. Tadi Cumi pesan ada orang nak hantarkan makanan.”

Pintu rumah dibuka. Mek Shidah tersenyum melihat anak dara yang berdua itu. Mana tidaknya, sorang dengan rambut kusut-masai dan yang sorang lagi ada kesan air liur basi. Dua-dua bangun tak sempat basuh muka.

“Ni Mek hantar lauk dengan nasi untuk Ika dengan Cha.” bungkusan di tangan dihulur pada mereka berdua. Mek Shidah tak kecek kelate dengan mereka. Nanti tak faham pulak. Lagipun Mek Shidah sudah lama menetap di KL. Suaminya pula orang Pulau Pinang.

“Terima kasih Mek. Buat susah-susah je hantar sampai ke atas. Ni mesti kerja Cumi ni. Nanti sekejap ye Mek. Ika ambilkan duitnya.” Ika dah nak masuk ke dalam rumah tetapi ditahan oleh Mek Shidah.

“Tak payah. Nanti-nantilah kita kira. Pergi sahur cepat nanti tak sempat pulak. Esok subuh Mek hantarkan lagi. Cumi dah pesan dekat Mek..sementara dia cuti kelik kampung. Mek tolong hantarkan lauk sahur. Mek turun dulu deh.” Terkeluar jugak kecek kelate Mek Shidah. Tapi budak berdua tu faham. Kelik tu maksudnya balik.

“Ika..tiba-tiba aku rasa sayang sangat dengan Cumi.”

“Aku pun. Jom kita sahur tapi basuhlah muka kau tu dulu. Ada liur basi la.” Ika sengih.

Mereka berdua sedang menuang makanan yang dihantar ke dalam mangkuk. Chacha terpandangkan sekeping kad kecil di dalam beg plastic tersebut.

“Ika…ada kad untuk kaulah. Aku tahu….ni mesti Abang Mede yang bagi ni. Hahahahaha,” Chacha dah tergelak-gelak.

Ika rampas kad di tangan Chacha. “Cha cepatlah baca doa. Lagi setengah jam je ni.”

Doa dibaca. Kedua-duanya bersahur tanpa Cumi tetapi bertemankan tanda kasih Cumi melalui masakan Abang Mede yang sememangnya enak itu.

* * *

Ika melipat sejadah dan telekung yang dipakainya. Tenang jiwa setelah usai bersolat Subuh dan mengaji sebentar tadi. Kad kecil berwarna ungu di atas meja solek diambil lalu dibuka.


Ika,

Semoga dgn masakan abg tu..
Ika lebih bertenaga, sihat dan kuat..
Tuk berpuasa di hari yg kedua ini..
Esok abg masakkan lg ye?


Ikhlas,

Abg tukang msk =)

Ika tersenyum. Nampak bersungguh-sungguh benar abang tukang masak di bawah itu.

“Ini mesti kerja Cumi ni. Saja la tu nak buat pakatan rahsia dengan abang tukang masak member baik dia tu.”

Ika bangun dan mengetuk pintu bilik Chacha.

Chacha terjengul di muka pintu dengan bakul baju kotor.

“Cha…nanti kau bawak aku pergi Alamanda kejap boleh? Aku nak pergi MPH la.”

“Mimpi apa kau nak pergi MPH pulak ni? Kau tu bukannya minat baca buku,” Chacha pelik.

“Aku…hehehehehe,” Ika tersengih-sengih.

“Kau ni demam ke cik Ika?”

“Aku nak pergi beli kad la.”

Dan Chacha yang sememangnya mempunyai otak yang laju sahaja menangkap bahasa-bahasa kiasan dah tergelak-gelak.

“Yelah cik Ika. Nanti aku bawak kau. Tapi sekarang Alamanda belum bukak lagi. Baik kau tolong aku basuh baju-baju aku ni.”

“Cha..pakai mesin je pun. Bukannya kau tu basuh kain tepi sungai sampai aku nk kena tolong. Cha….thanks ya.”

“Demi cinta yang baru nak berputik aku rela Ka.”

* * *

Kad kecil berwarna merah jambu itu dibuka. Kini Mek Shidah dah menjadi posmen tak bergaji Mede dan Ika.

Abg,

Petang ni Cumi balik dah..
So..abg tak payah la nk masakkan lauk utk Ika lg
Terima kasih ya utk semua tu
Malu Ika bila fikirkan balik..
Apa-apa pun terima kasih byk2
Mesti lpas ni Ika rindu nak sahur dgn masakan abg

p/s : 012-3456789…ni no phone Ika

IKA

“Yes! Yes! Berjaya akhirnya,” Mede dah nak terlompat-lompat.

Mek Shidah pelik melihat telatah anak saudaranya yang happy tak terkata secara tiba-tiba. Kalau iya pun mengigau masa tidur tadi, takkan terbawa-bawa sampai sekarang. Mereka kini sedang menyiapkan barang-barang untuk di bawa ke kedai petang nanti.

Hari sabtu ramai juga yang berbuka di luar gara-gara sibuk membeli-belah untuk persiapan hari raya. Tetapi kebanyakan pelanggan Mek Shidah merupakan anak-anak dara dan anak-anak bujang yang menetap di apartment di hadapan medan selera tempat mereka berniaga.

“Mede, mu ni bakpo? Deme ko?”

“Takdop gapo Mek. Mede tubik meta Mek deh,” dan Mede keluar meninggalkan rumah ibu saudaranya itu.

* * *

“Ris, aku dah dapat no phone dia dah. Nampak gaya kena open table la aku belanja kau dengan Cumi bukak puasa macam ni.”

Haris yang sedang berbaring menonton televisyen tersenyum.

“Kitorang tak mahu la makan tomyam kau tu. Aku ni dah naik jemu dah. Paling-paling hina kitorang nak Pizza ke, Kenny Rogers ke…tekak ni nak jugak rasa menu-menu western. Asyik makan menu Siam kau je.”

“Yelah, aku belanja la nanti. Kau sebut je bila.”

“Eh Mede, dia dah tahu ke kau ni siapa dengan aku? Dengan Cumi?” Haris tanya teman serumah merangkap teman sepejabatnya itu.

Mede sebenarnya cuma membantu ibu saudaranya sahaja memandangkan tukang masak di kedai tersebut cuti 3 bulan untuk berpuasa dan beraya di Kelantan. Siang dia ke pejabat. Malam pula dia membantu di gerai makan.

Cuma seminggu di awal-awal Ramadhan ini sahaja dia membantu dari petang hingga ke subuh. Demi rancangannya bersama Haris dan Cumi, Mede sanggup bercuti.

“Belum tahu lagi. Kau agak-agak dia marah tak kalau tahu aku ni siapa? Risau jugak ni. Sia-sia pengorbanan aku macam ni.”

“Kalau dah jodoh tak kemana la weh. Yang penting kau dah usaha walaupun agak main kotor la jugak. Yang lebih kau serah je pada Allah.” Haris tenangkan sahabatnya itu.

“Jangan risau sangatlah. Silap-silap kau dulu yang naik pelamin dari aku ni. Cumi tu penat dah aku ajak kahwin. Alasan dia, kesian dekat Ika dan Chacha tu kalau dia tak ada.”

Mede senyum. “Sayang betul Cumi dekat budak berdua tu. Tak apa, aku akan pastikan lepas ni Cumi tak tolak lagi lamaran kau.”

* * *

Pejam celik, Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Hubungan Mede dan Ika semakin baik. Kata-kata cinta sudah mula dikirimkan di setiap sms yang dihantar. Kata-kata rindu juga sering terucap di kala kedua-duanya berbual di telefon.

Setiap hati juga selepas pulang dari solat terawih di masjid, Ika bertemankan Cumi ataupun Chacha akan mengunjungi gerai makan Mek Shidah. Ada sahaja lauk yang dipesan untuk dibuat sahur.

Mede pula, setiap kali selepas terawih di masjid, dia akan terus menaiki motosikalnya ke gerai ibu saudaranya untuk membantu memasak. Kereta kena sorok nanti kantoi. Dan pastinya, semua pesanan dari Ika, Mede yang memasak sendiri.

“Cumi, Cha….malam ni aku buka dengan Abang Mede ya.” Ika beritahu malu-malu. Malu tapi mahu, kena jugalah beritahu.

“Tak kerja ke Mede tu?” Chacha bertanya sambil membantu Cumi membakar biskut samperit. Mereka memang rajin membuat biskut dan kuih raya sendiri.

“Tak. Mek dah balik Kelantan dah. Gerai dah tutup. Kan lagi seminggu dah nak raya.”

“Yelah..Cha kita buka luarlah hari ni. Aku malas la nak masak. Kita suruh Haris belanja nak?” Cumi buat pakatan mengenakan teman lelakinya.

“Ika, walau apa pun terjadi. Aku nak kau tahu..aku sayang kau. Itu je,” tiba-tiba Cumi bersuara. Ika pelik. Chacha buat-buat muka pelik walaupun hakikatnya dia dah masuk sekali pakatan Haris-Cumi-Mede.

* * *

“Ika…abang nak cakap sikit dengan Ika.”

Mede mulakan perbualan yang agak-agak serius di pendengaran Ika selepas sahaja mereka selesai menikmati juadah mereka. Candle light dinner lepas maghrib. Jantung Ika dah berdegup pantas. Mede nak ajak kahwin ke?

“Ika terima abang seadanya kan? Walau siapa pun abang ni?”

“Kenapa abang tanya macam tu? Abang tak yakin dengan Ika ke?” Ika soal balik.

“Bukan macam tu..abang Cuma nak Ika terima abang seikhlas hati. Dan….” ayat tergantung.

“Dan apa pulak ni? Abang ni kenapa? Ika tahu…abang ada tipu Ika kan? Abang dah ada anak isteri ke bang?” Ika dah mula nak menangis.

“Bukan. Mana pulak abang ada anak isteri. Salam tok kadi pun belum pernah lagi. Kalau nak jumpa tok kadi pun, abang nak jumpa dengan Ika je.” Mede usik Ika.

“Sebenarnya, abang ni bukannya tukang masak sepenuh masa. Abang ni sebenarnya kawan Haris. Satu rumah. Satu office.” Tersekat-sekat Mede nak buat pengakuan.

What? Kawan Haris? Habis yang abang jadi tukang masak tu apa? Lakonan semata-mata. Nak uji Ika ni siapa? Jenis mata duitan? Jenis terlalu pandang pangkat dan kelulusan?” Ika tiba-tiba mengamuk. Mana tak mengamuk kalau kena kelentong.

“Bukan macam tu. Abang tak ada niat macam tu pun Ika.”

“Abang..kalau abang betul-betul ikhlas dengan Ika. Kenapa abang tak beritahu Ika siapa abang sebenarnya. Ika malu dengan Cumi, dengan Haris. Ika sedar Ika ni siapa nak memandang pendidikan, jawatan seseorang. Ika pun bukan hebat sangat. Ika Cuma ada SPM. Ika Cuma penjawat awam biasa je.”

“Sudah la tu abang. Hantar Ika balik.”

Mede kecewa. Semuanya telah musnah kini.

* * *

“Sayang, bangunlah. Kita sahur. Cepatlah sayang,” Mede mengejutkan isterinya. Ditarik-tarik hidung isterinya.

“Sakitlah bang. Sayang bangunlah ni. Jangan la tarik hidung ni. Sakit tau.”

“Abang masak apa?” si isteri dah mula membantu suami di dapur.

“Mestila lauk cinta kita.” Mede senyum pada Ika di sebelah. Akhirnya jodoh itu memang milik mereka berdua.

“Terima kasih abang, sebab masakkan lauk-lauk ni untuk Ika.”

“Tapi sayang, nanti berbuka abang nak makan masakan sayang pulak tau. Takkan nak makan lauk Siam ni pagi petang.”

Doa dibaca. Kedua-duanya kini menikmati sahur mereka dengan lauk cinta Ika dan Mede. Itulah masakan mula-mula yang dihantar Mek Shidah sebagai makanan sahur Ika dan Chacha setahun yang lalu. Sup daging, telur bungkus dan sayur campur.

“Sayang, abang nak tanya sikit ni. Kenapa sayang terima jugak lamaran abang? Yelah..abang tengok sayang bukan main marah lagi waktu abang berterus terang masa tu?” Mede dah lama nak tanya isterinya tetapi dilupakan.

“Nak tahu ke kenapa? Sebab pakatan rahsia abang tu Ika dah tau sebenarnya. Adalah satu hari tu, Ika duk belek-belek gambar Cumi dalam album dia. Ika jumpa gambar abang dengan Haris waktu konvo. Lepas tu…terus teringat. Patutla macam pernah tengok je muka tak hensem abang tu.”

“Haha..kiranya Ika pun berlakon jugak la ni. Tak apalah sayang yang penting sayang dah jadi isteri abang sekarang dan hari-hari abang boleh masakkan untuk sayang”.

“Terima kasih bang.” Ika senyum pada suaminya.

“Apalah agaknya Chacha makan sekarang ni? Cumi pun dah kahwin. Kesian Chacha.” Ika tiba-tiba teringat Chacha.

“Jangan risaulah sayang, Abang Irfan nak pinjam teknik mengurat abang. Tapi kali ni Jiha kena jadi delivery girl.”

Ika tergelak. Abang Irfan anak Mek Shidah. Juga cekap di dapur. Tak sangka rupa-rupanya abang sepupunya itu menaruh hati pada Chacha.

“Lauk apalah yang Abang Irfan nak masak eh? Lauk cinta apa la agaknya?”

Dan mereka berdua tergelak bersama-sama.

Tuesday 18 August 2009

Jangan Nakal ~part 7~

"Shah, aku takutlah nak jumpa dengan singa tu," Amir tak lalu makan. Dikuis-kuis pinggan nasinya.

"Tak ada apa-apalah. Yang kau takut sangat ni kenapa? Berani kerana benar, takut kerana salah," Shah tak pedulikan Amir dan dia terus menjamu selera dengan berselera sekali.

"Aku rasa dia nak jumpa kau pasal kerjalah. Faezal tu profesional. Takkan dia nak campur urusan hati perasaan dengan kau pulak time-time kerja ni," Shah sengih sekilas pada Amir.

Amir pandang muka Shah, "Apa hal pulak hati perasaan ni? Aku sumbat udang ni dalam mulut kau nanti baru tau. Mulut tak ada insurans." Udang yg berada di garpunya dah disuakan ke muka Shah.

Shah terus ngangakan mulutnya luas-luas.

"Ni kenapa pulak yang kau ternganga-nganga macam mulut buaya lapar ni?" Amir pelik.

"Kan kau kata nak sumbat udang tu dalam mulut ak ni. Cepatlah aku tunggu ni," Shah terus ngangakan mulutnya.

"Nah," Amir betul-betul sumbat udang dalam mulut Shah.

"Hai kamu berdua ni romantik sungguh. Shah, baik kamu cepat-cepat pergi masuk meminang si Amir ni. Nanti hari-hari dia boleh suapkan kamu makan," Wak Ajmir duduk depan mereka sambil tersenyum-senyum.

"Itu bukan suaplah Wak. Itu namanya Amir sumbat mulut Shah yang tak reti nak diam ni."

Shah cuma tersenyum mendengar usikan Wak Ajmir. Dia sudah terbiasa diusik-usik begitu apabila bersama dengan Amir.

"Kamu berdua ni kalau Wak tanya, mesti kamu jawab sahabat baik." Wak Ajmir mulakan suapan pertama.

"Dah tu...takkan teman tapi mesra pulak Wak. Itu lain dah maksudnya tu Wak," Amir dah tersengih-sengih konon-konon comel.

"Tapi Wak rasa, kamu berdua ni kalau jadi suami isteri lagi sesuai. Mesti lagi mesra dari teman tapi mesra," Wak smash balik jawapan Amir.

"Tak bolehlah Wak. Nanti kalau kahwin saya bosan pulak asyik pandang muka dia je hari-hari." Shah juihkan bibir dekat Amir.

"Pagi sebelum pergi kerja saya kena tengok muka dia. Dekat tempat kerja muka dia jugak. Nanti dah balik rumah pun asyik pandang muka dia jugak. Tak berkembang pandangan mata saya ni nanti Wak," Shah bulatkan biji matanya sambil tergelak-gelak suka. Memang mata menggatal je nak pandang perempuan lain.

Amir jeling Shah di sebelah sambil buat muka merajuk dengan yang tersayang, " Yelah, aku ni tak cantik macam Cik Pah kilang sebelah tu kan? Sebab tu kau tak sanggup nak pandang muka aku ni."

"Tau takpe. Kalau Cik Pah tu memang aku tak tidur malamlah. Asyik terbayang muka dia yang cun tu je, teringatkan gaya percakapan dia yang lemah-lembut dan sopan tu, keayuan gadis Melayu la senang nak cakap."

Amir buat muka menyampah. Cik Pah atau nama panjangnya Sharifah Azura Syed Nasir, setiausaha salah seorang bos besar di kilang sebelah. Kebiasaannya, mereka akan terserempak dengan Cik Pah ketika waktu makan tengahari samada di gerai-gerai atau di restoran-restoran yang berdekatan.

Memang tak dapat dinafikan, Cik Pah menjadi kegilaan ramai jejaka-jejaka kilang mereka. Cik Pah bijak bergaya. Nampah manis sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan Amir, macam langit dengan bumi, macam kutub utara dengan kutub selatan.

Shah pernah bertanya kepada Amir mengapa dia tidak tahu bergaya dan bersolek seperti Cik Pah. Jawapan Amir, "Sebab aku ni Amir. Dia tu Cik Pah. Aku engineer. Dia secretary. Masa aku dekat U dulu, aku tak ada amek subjek grooming, bergaya, bersolek. Ada faham? Lagipun...nak mampus kena maki dengan safety officer kau tu. Hilang akal apa pakai kebaya ganti uniform yang cantik ni."

"Kalau sudah jodoh, apa yang kamu nak kata pula?" Wak Ajmir tiba-tiba menyampuk Amir dan Shah yang tengah gaduh-gaduh manja.

"Jodoh siapa Wak? Jodoh Shah dengan Cik Pah ke? Kalau Shah dapat kahwin dengan Cik Pah, memang Amir sponsor bunga telur 3 ribu batang."

"Apa pulak Shah dengan Cik Pah. Shah dengan kamulah."

"Kalau dah jodoh, apa lagi nak dikata Wak. Katakanlah, dengarkanlah..." Amir dah nyanyi lagu Katakanlah yang dinyanyikan oleh Hazami.

"Tapi Wak, buat masa ni..Amir cuma sayang Shah macam Amir sayang kakak-kakak Amir je. Hehehehehe," Amir tergelak-gelak.

"Apsal kakak pulak? Aku ni macam pondan apa?" Shah yang diam sahaja membiarkan Amir menjawab semua persoalan Wak Ajmir tiba-tiba bersuara.

"Aku mana ada abang. Maknanya kau ni sama taraf dengan kakak-kakak akulah." Amir sengih pada Shah.

"Wak, kami gerak dululah ya. Ada orang nak pergi menghadap bos dia. Saya nak kena tolong dia prepare alasan ni. Assalamualaikum," Shah dah mula bangun dari kerusinya.

"Wak doakan Amir selamat ya Wak. Tata Wak," Amir lambai-lambai pada Wak Ajmir. Amir, walaupun agak kasar, tetapi sikap keanak-anakan dan manja itu memang tak dapat dibuang. Anak bongsu punya penangan. Wak pula sudah dianggap seperti ayahnya sendiri. Amir perempuan kasar tetapi comel dan manja. Itulah yang sering dikatakan oleh kebanyakan pekerja-pekerja lelaki di sini.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Amir bersandar di mejanya sambil pandang kak Salamiah. "Kak, En. Faezal tadi dia tak keluar lunch ke?"

"Tak, dari tadi akak tengok dia busy je. Akak ada jugak tanya dia ada nak pesan apa-apa ke masa akak nak keluar lunch tadi," kak Salamiah jawab soalan Amir sambil matanya terus terfokus pada emel yang sedang dibacanya.

"Habis tu.....dia pesan apa kak?"

"Tak ada pesan apa-apa. Puasa kut si Faezal tu."

Amir semakin risau. Kalau sampai ketuanya itu sanggup skip lunch, bermakna dia memang teramat sibuk.

"Takkan sebab aku cuti dia jadi busy sangat kut? Ya Allah selamatkanlah hamba-Mu yang kerdil ini," Amir tadah tangan berdoa.

"Kak, doakan Amir selamat ya," Amir tak habis-habis meminta orang lain mendoakan keselamatannya ketika bertemu dengan Faezal nanti.

Tukk...tukk..pintu bilik Faezal diketuk. Amir dah terjengul di muka pintu bilik ketuanya yang sememangnya tak bertutup.

"Boleh saya masuk sekarang ke En. Faezal? Kalau En. Faezal busy, tak apalah. Lain kali saya jumpa En. Faezal," Amir cuba mengelat dari berjumpa ketuanya.

"Saya yang suruh awak jumpa saya kan? Awak duduk dulu. Bagi saya lima minit. Saya nak siapkan report ni. Tutup pintu tu sekali," Faezal beri arahan tanpa alihkan pandangannya dari skrin komputer.

Amir patuh tanpa banyak alasan lagi. Lima minit dalam bilik ketuanya itu dirasakan seperti 50 minit dalam bilik sauna. Walaupun penghawa dingin elok terpasang, Amir rasa dirinya berpeluh-peluh. Kedua-duanya diam tak bercakap. Amir mula rasa lemas dengan keadaan itu. Jantung pula berdegup macam baru lepas kena denda berlari 5 pusingan padang sekolah.

"Orang kalau buat salah memang selalu menggelabah. Engkaulah tu Amir." Amir beritahu hatinya.

Faezal pusingkan badannya. Betul-betul menghadap Amir. "Ok, sekarang kita discuss. Awak ada masalah ke Amir?"

"Hah? Masalah apa pulak ni En. Faezal," dahi Amir dah berkerut-kerut cuba memahami soalan ketuanya.

"Awak ada masalah apa yang sampai awak hantar surat resign dekat big boss?" Faezal sound direct to the point. Tak main simpang mana-mana. Tak ada kias-kias lagi.

Amir terkejut. Bagaimana Faezal tahu yang dia dengan beraninya mengutuskan surat 'chenta' kepada big boss mereka.

"Big boss beritahu saya, salah seorang dari engineer saya hantar surat resign dengan alasan....ada masalah peribadi. Saya tahu awaklah orang yang dimaksudkan tu Amir, sebab awak tiba-tiba cuti panjang. Big boss pulak yang approve cuti awak tu." Faezal dah tenung Amir.

"Apa masalah peribadi awak tu Amir? Kenapa awak tak berbincang dengan saya dulu? Ini awak main redah je pergi jumpa orang atas. Macam saya ni tak ambil peduli langsung masalah anak-anak buah saya," Faezal mula mengeluh.

"Kenapa diam pulak? Selalu mulut awak ni bukan main lagi bisingnya mengalahkan amoi jual ikan kat pasar," Faezal cuba buat lawak yang langsung tak menjadi.

"Cuba awak beritahu saya apa masalah awak sebenarnya."

Amir rasa suhu badannya meningkat tiba-tiba. Dalam hati Amir dah sumpah seranah Faezal.

"Kau cakap mulut aku macam mulut amoi jual ikan ya. Ni yang panas ni. Panas menggelegak ni."

"Kau tu yang bercakap tak berhenti. Soal aku mengalahkan sarjan pencen. Celah mananya aku nak menyampuk. Sabar Amir. Sabar." Amir tenangkan hatinya.

Amir tarik nafas dalam-dalam sebelum mulakan hujah-hujahnya.

"Problem saya ialah En. Faezal."

Saturday 15 August 2009

Jangan Nakal ~part 6~

"Borak biasa-biasa je En. Faezal." Amir senyum semanis mungkin pada ketua yang dibencinya itu. Nak cover muka yang tiba-tiba pucat macam nampak hantu Jepun, terpaksalah maniskan muka macam tertelan air gula 2 kilo.

"Dah puas bercuti kan? Lepas lunch nanti awak masuk bilik saya. Faham Cik Amira Sofea?" Faezal buat muka garang.

"Baik bos," Amir jawab perlahan sambil anggukkan kepala macam burung belatuk

Faezal berlalu keluar setelah mengambil dokumen yang dikehendakinya tetapi langkahnya terhenti seketika apabila dia tiba-tiba teringatkan sesuatu.

"Shah, masa kau nak balik hari Jumaat dua minggu lepas sebelum aku ke Johor tu, kau ada nampak sape-sape tak dekat motor aku?" Faezal dah berdiri sebelah Shah.

"Lama sangat tu weh.. Mana aku nak ingat. Tapi yang masih ada elok dalam memori ingatan aku ni...rasa-rasanya tak ada sape-sape yang dekat dengan motor kau tu. Kenapa? Apa kes?" Shah tanya Faezal.

"Entah siapa pulaklah yang tak puas hati dengan aku kali ni. Macam biasa...pancit lagilah." Faezal buat muka tak ada perasaan. Perkataan lagilah tu menunjukkan dia dah terbiasa dengan kes-kes tayar pancit disebabkan oleh perbuatan orang-orang yang tak puas hati dengannya. Main kotor buat dajal dekat Faezal.

"Depan belakang kau tau...Dah la aku balik lambat hari tu. Dekat pukul 12 tengah malam. Mana aku nak cari orang baiki?" Faezal bukak cerita dengan Shah.

Amir yang khusyuk mendengar tiba-tiba menyampuk,"Habis tu...En. Faezal balik macam mana? Naik teksi ke? Naik bas?" Amir buat muka penuh simpati.

"Adik saya kebetulan ada dekat-dekat kawasan sini. Saya suruh dia jemput. Tapi letih jugaklah nak tunggu dia sampai."

"Mesti kau sempat tidur dekat parking tu kan?" Shah dah gelak-gelak.

"Tau takpe...dekat sejam aku tunggu si Fahmi tu. Tersengguk-sengguk aku tepi motor. Hahahaha." Faezal gelak sambil geleng-gelengkan kepala. Macam tak percaya agaknya dia boleh tertidur di tempat parkir kenderaan.

"Nasib baik orang tu tak buat haru kat Civic kau. Kalau tak memang menangis lagu irama padang pasirlah kau Faezal," Shah masih lagi gelakkan Faezal sambil jeling-jeling Amir di sebelah. Jelingan guna bahasa mata yang penuh rahsia.

"Itu sebablah aku tak nak bawak Civic aku tu pergi kerja. Silap-silap aku balik...tengok dah ada awan larat dekat kereta aku tu," Faezal pula jeling Amir. Faezal juga guna bahasa mata penuh rahsia.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Waktu makan tengah hari, Amir dah Shah jalan beriringan ke kantin. Memang satu kilang dah melabelkan mereka sebagai pasangan sehati sejiwa, namun bagi Amir dan Shah tiada siapa yang boleh mempertikaikan persahabatan mereka. Mereka sahabat baik setakat hari ini. Hari-hari mendatang, mereka cuma serah pada takdir tuhan. Harap-harap persahabatan itu kekal sampai ke hujung nyawa.

Amir siku Shah,"Kau rasa dia tahu ke kita punya angkara? Tiba-tiba Cik Amira yang berani ni jadi takutlah pulak Shah."

"Kau memang macam tu. Masa nak buat tak fikir panjang. Ikutkan sangat perasaan jiwa raga kau tu. Aku ni jugak yang kena bersubahat dengan kau," Shah tudingkan jari ke muka sendiri.

"Siapa suruh dia sakitkan hati aku? Ada aku suruh ke?"

"Biar padan dengan muka tak berapa nak hensem dia tu. Memang dia patut rasa. Kalau dia sakit hati. Hati aku ni sakitnya lagi teruk tahu tak?" Amir lepas geram.

"Itulah perempuan. Kaluu dah nama perempuan tetap perempuanlah. Sikit-sikit sakit hati. Aku jugak yang jadi mangsa kena jadi talam bermuka-muka sebab nak ikutkan sangat hati nurani kau tu. Tak pasal-pasal aku kena khianati member sendiri."

"Nasib baiklah kau tu mandat tinggi sikit. Kalau tak........memang tak teringin aku nak tolong kau buat kerja-kerja balas dendam zaman sekolah menengah tu tahu tak?"

Amir buat pekak dengan leteran Shah.

"Shah, kau nak tahu tak kenapa aku cuti sampai seminggu?"

"Kau tak cerita mana aku nak tahu. Aku call pun kau tak angkat kan? Nasib baik aku tak telefon mak abah kau tanya kau ni hidup lagi ke....ataupun dah jadi arwah."

Amir buat muka, "Kau ni sejak bila kuat membebel ni? Ni mesti kena tempias singa bujang terlajak member baik kau tu kan?"

Shah dan Faezal memang rapat, bahkan mereka pernah jadi housemate di rumah bujang sebelum Faezal keluar untuk tinggal bersama-sama adiknya, Fahmi yang baru pulang dari luar negara dan bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Selain Amir yang memang dah termaktub sebagai sahabat sejatinya, Faezal juga salah seorang member baik Shah di kilang tersebut.

"Yang kau tak jawab call dengan sms aku tu...ada ke aku suruh? Aku ni risaukan kau. Nak jugak aku ni tahu apa yang dah jadi dekat kau sampai kau cuti mengejut. Seminggu pulak tu." Shah bela dirinya pula.

"Mana ada aku cuti mengejut. Aku cuti panjang."

"Big boss suruh aku tenangkan fikiran," Amir jawab perlahan. Dengar tak dengar di pendengaran Shah.

"Tenangkan fikiran? Kenapa pulak? Kau stress sangat ke kerja dekat sini." Shah risau dengan keadaan Amir.

"Kau ada masalah ke? Kenapa tak cakap dengan aku?" Shah soal lagi dan lagi dan lagi.

"Aku hantar surat resign," semakin perlahan suara Amir.

Langkah Shah terhenti. "Kau nak resign? Kenapa? Kau dapat offer lagi bagus dari sini ke? Kau nak tinggalkan aku ke Mira?"

Amir senyum. Mira. Shah satu-satunya manusia yang memanggilnya Mira. Waktu dia memperkenalkan dirinya sebagai Amir, Shah menolak untuk memanggilnya begitu.

"Amir tu nama atuk aku. Kalau aku panggil kau macam tu....macam aku panggil atuk aku je. Mira. Aku panggil kau Mira. Kau suka ataupun tak..kau terima ataupun tak, aku tetap panggil kau Mira. Titik."

Dan Amir selesa dengan panggilan itu, tetapi hanya dengan Shah. Mak dan abah di kampung pun Amir tak benarkan gelar dirinya selain Amir, walaupun waktu kecil-kecil di alam kanak-kanak baru nak masuk tadika, ahli keluarganya menggelarnya Amira. Dia sendiri tak tahu kenapa hatinya membenarkan Shah memanggilnya Mira. Hati ini memang pelik.

"Aku benci dengan singa bujang terlajak tu. Sebab dia aku hantar surat tu. tapi big boss suruh aku fikir masak-masak. Sebab tu dia bagi aku cuti rehat tenangkan hati, fikiran, sanubari sampai seminggu," nada suara Amir kuat semula. Tanda-tanda kemarahan dan rasa geram masih bermaharajalela dalam hati.

"Aku tak nak berpisah dengan kau. Aku sayang kau Shah. Sebab tu kau jumpa aku lagi hari ni," Amir dah senyum-senyum semanis madu lebah sambil buat muka comel macam Pooh yang gembira dapat madu.

"Kalau kau berani 'blah' dari company ni macam tu je...tanpa bagi notis pemberitahuan dekat aku...aku penggal-penggal leher kau buat sup bagi buaya makan," Shah dah mula gelak-gelak semula.

Amir lega. Shah tak marah padanya dan yang paling penting Amir tahu dia tak buat keputusan yang salah kerana meneruskan kerjayanya di sini. Amir masih ada Shah yang akan sokong dirinya di kala Amir terumbang-ambing dipukul ribut taufan singa bujang terlajak yang memang tak boleh nak dijangka tu. Cuma tindakan kurang bijaknya tempoh hari, menyebabkan hatinya semakin berdebar-debar menjelang tamatnya waktu makan tengah hari.

Thursday 13 August 2009

Jangan Nakal ~part 5~

Sudah seminggu Amir bercuti. Kini, Isnin telah menjenguk semula. Hari yang paling tidak diminati oleh kebanyakan insan-insan yang bekerja.

Dua hari dapat bercuti di hujung minggu, menenangkan fikiran dari urusan kerja yang tak pernah berkurangan, dapat menghabiskan masa terluang dengan anak-anak dan dapat melepaskan rindu bagi yang sedang asyik masyuk bercinta.

Hari Isnin kena start 'enjin' untuk bekerja semula. Memang macam nak hidupkan enjin kereta yang tengah semput kehabisan minyak. Amir juga tak terkecuali.

Amir memerhatikan kawasan tempat letak kenderaan. Matanya dapat menangkap sebuah motorsikal sudah terparkir menandakan tuan empunyanya sudah sampai. Amir senyum sendiri dan menuju ke bangsal di mana basikalnya disimpan.

Di dalam kilang tersebut, cuma tiga kenderaan sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan kilang iaitu forklift, lori membawa masuk dan keluar cermin kaca dan juga basikal yang digunakan kebanyakan pekerja di sini.

"Assalamualaikum. Selamat pagi semua!," Amir melangkah masuk ke dalam pejabat dan menegur rakan-rakan pejabatnya dengan nada suara yang sangat ceria.

"Bukan main berseri-seri lagi akak tengok muka kau ni. Kau cuti lama-lama ni, kau kahwin ke?" kak Salamiah, salah seorang kerani di department mereka mengusik Amir.

"Sampai hati kau kahwin tak jemput kami semua," Farid pula mengusik Amir.

"Banyaklah kau punya kahwin," Amir jelir lidah dengan Farid. Farid sempat baling Amir dengan roket kertas sebelum beredar memasuki bahagian production dalam kilang.

"Mana ada cuti kahwin kak Miah. Saya cuti jalan-jalan cari jodoh je..." Amir kenakan kak Miah sambil gelak-gelak suka hati.

"Kak, En. Faezal dah masuk ke?" Amir jeling-jeling ke dalam bilik ketuanya. Dari mejanya, memang Amir tak nampak kelibat ketuanya itu. Mungkin ketuanya telah masuk ke bahagian production kerana kebiasaannya, Faezal memang sampai lebih awal berbanding Amir.

"Belum lagi. Hai..kau dah rindu-rinduan dekat dia ke? Masuk-masuk terus tanyakan si Faezal tu?"

"Rindu sangat kak Miah. Dah tak sabar-sabar dah rasa hati Amir ni nak tengok muka dia," Amir buat muka gedik depan kak Salamiah.

Amir hidupkan komputer di mejanya.

"Selalunya kan dia masuk lagi awal dari Amir. Tu yang Amir tanya tu," Amir bela diri takut dikatakan benar-benar rindukan Faezal.

"Bangun lambat agaknya budak tu hari ni. Kamu bawak apa tu? Macam bau mempelam je," kak Salamiah dah tertinjau-tinjau bungkusan yang ada di atas meja Amir.

Amir hulurkan bungkusan tersebut pada kak Salamiah. Ada 2 bungkusan.

"Nah kak. Yang beg besar ni akak letakkanlah dekat pantry tu. Amir malaslah nak jalan," Amir memuncungkan mulutnya ke arah pantry di hujung pejabat ini.

"Yang lagi satu ni, akak tolong berikan pada abang Ikmal kalau dia masuk sini nanti. Hari tu dia ada cakap dekat Amir, wife dia mengidam mempelam muda. Kebetulan pokok mempelam dekat rumah tu tengah banyak buahnya. Amir tolong panjatkan je," Amir dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Bukan panjat pun, cuma tolong jolok guna galah.

Amir, kalau pulang ke kampung halamannya, pasti ada buah tangan yang dibawa untuk rakan-rakan sekerjanya. Paling ditunggu-tunggu, pastinya buah-buah mempelam.

Di rumah pakcik Hassan memang ditanam pokok mempelam pelbagai jenis. Dari busuk dan dibuang begitu sahaja, lebih baik disedekahkan kepada kawan-kawan Amir. Kalau ada sesiapa yang mengidamkan mempelam muda, laju sahaja Amir memandu ke kampungnya bagi memenuhi permintaan ibu-ibu mengandung itu.

"Amir nak masuk dalam plant dululah kak. Nak cari Shah. Kalau dekat Shah tu memang Amir rindu betul-betul. Tata kak Miah," Amir cepat-cepat pakai topi dan safety google. Safety first. Kilang kaca. Kalau tak berhati-hati, nanti diri sendiri juga yang susah. Lagipun, Amir tak sanggup kena jelingan maut safety officer mereka yang sememangnya tegas dalam hal-hal keselamatan.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

"Hoi Afrizal Shah! Sahabatku dunia akhirat," amir tepuk bahu Shah, geng sekepala dengannya dari belakang. Shah teman Amir mengumpat, makan, buat kerja-kerja haram dan juga teman berfikir cara-cara penyelesaian masalah kalau ada problem yang timbul di line mereka.

"Opocot cik Milah pakai terompah!" Shah melatah macam nenek dekat kampung Amir.

"Siot punya kawan. Nasib baik aku tak mampus sakit jantung. Memang makin pendeklah nyawa aku hidup dengan kau ni lama-lama." Habis keluar segala sumpah seranah dari mulut Shah, tapi Amir tak kecil hati. Shah bergurau kasar dengan Amir.

Shah merupakan sahabat pertama yang Amir kenal di kilang ini. Waktu hari pertama Amir melaporkan diri di sini, Amir tersesat nak mencari pejabat HR. Bangunan di mana bahagian pengurusan sumber manusia sepatutnya berada waktu itu masih dalam pembinaan.

Shah lah manusia yang baik hati dan sudi bertanya dan menunjukkan di mana pejabat tersebut. Pekerja yang lain cuma jeling-jeling dan buat ayat-ayat manis nak mengurat Amir. Kebanyakan pekerja di sini lelaki-lelaki muda. Bila ada perempuan yang melaporkan diri, memang heboh satu kilang.

Dan takdir juga dah menentukan bahawa mereka berdua akan menjadi sahabat baik. Amir ditempatkan di line yang sama dengan Shah. Amir sebagai production engineer manakala Shah merupakan supervisor. Selepas itu, di mana ada Amir di situ jugalah ada Shah dan sebaliknya melainkan di tandas dan surau.

"Shah macam mana kat sini masa aku tak ada? Singa bujang terlajak member kau tu tak mengamuk ke?" Amir duduk di kerusi sebelah Shah.

Amir cuba cungkil keadaan sepanjang ketiadaannya akibat cuti panjang secara tiba-tiba. Singa bujang terlajak, nama glamour yang Amir beri untuk Faezal.

"Maunya tak mengamuk cik Amira sayang oi...Aku ni naik bernanah dah telinga ni dengar dia membebel. Mulut aku ni dah rasa macam nak berbuih-buih nak menjawab segala soalan dia tahu tak?" Shah dah mula dapat aura membebel.

Shah teruskan menghadap kerjanya di komputer. "Kau kenapa cuti tiba-tiba? Petang tu, kau tak cakap apa-apa pun dengan aku. Kau pandai ya...nak lepaskan diri dari terkaman singa lapar tu."

"Kenapa Shah? Kau kantoi ke?" Amir dah cuak. Digoncang-goncang badan Shah tanda Amir dah menggelabah.

"Takdelah kantoi. Tapi aku cuaklah jugak. Dahlah engkau cuti tiba-tiba. Kau cuti kahwin ke apa?" Shah soal Amir lagi.

"Aku cuti jadi pengapit. Kau percaya tak?" Amir gelak.

"Kau biar betul?" Shah lipat maut dari skrin komputernya dengan mata bulat.

"Betul la En. Shah sayang. Nanti aku tunjuk gambar aku ya. Eh, apa cerita projek haram kita tu? Dia tak ada sebut apa-apa ke?"

"Kau tak tahu ke? Dia kena pergi Johor sampai hari Jumaat. Itu pasal la dia agak meroyan cari kau pagi Isnin tu. Tak pasal-pasal telinga aku ni jugak yang sakit sampai naik bengkak," Shah sengaja tambah perisa dalam ceritanya.

"Hah! Kalau aku tahu baik aku tak payah cuti. Buat rugi cuti aku je. Tak pasal-pasal aku kena tanggung rindu dekat kau sampai seminggu," Amir buat muka menyesal sangat-sangat.

"Tapi aku rasa..baik jugak kau cuti. Kalau tak...kau kena ikut dia pergi Johor jugak."

"Hah! Aku rasa lebih baik aku cuti."

Amir dengan Shah gelak sama-sama. Sedang mereka berdua bergelak sakan. Faezal tiba-tiba muncul tanpa buat bunyi.

"Bukan main seronok bergelak ketawa. Apa yang lawak sangat tu?" Faezal bersuara.

Gelak-gelak Amir dan Shah terus mati serentak. Dua-dua muka pucat. Takut perbualan mereka didengari Faezal.

Tuesday 11 August 2009

Jangan Nakal ~part 4~

Amir memerhatikan dirinya di hadapan cermin besar di dalam biliknya. Baju kurung cekak musang berwarna putih susu yang disarungkan ke badannya itu nampak sedang elok dengan Amir. "Patutlah kak Ana beriya-iya suruh aku jadi pengganti pengapit dia. Cantik juga baju ni dekat badan aku," Amir senyum sorang-sorang sambil puji diri sendiri.

Peristiwa 2 hari lalu berlegar-legar di ruang ingatannya...

Makcik Timah yang sedang sibuk mengisi wajik di dalam bekas terkejut apabila Suhana dengan wajah yang cemas dan suara yang seakan-akan mahu menagis, merayu-rayu kepada Amir. Hati ibu mana yang tidak walang melihat anak yang bakal dikahwinkan kurang 24 jam tiba-tiba membuat aksi cemas.

"Amir tolonglah jadi pengapit kak Ana ya? Kawan kak Ana yang sepatutnya jadi pengapit tu tak dapat datang. Mak mertua dia tiba-tiba masuk hospital."

Suhana sambung lagi, " Lagipun, kak Ana dah sediakan baju pengapit. Kak Ana rasa baju tu memang sesuai sangat dengan Amir. Amir tolonglah ya? Ini perkahwinan impian kak Ana Amir."

Suhana sudah mahu menangis. Rupa-rupanya, pengapit Suhana tidak dapat hadir. Mujurlah bukan kerana tunangnya ingin membatalkan perkahwinan mereka. Kalau pengapit tidak dapat datang, masih boleh dicari penggantinya. Tetapi, sekiranya pengantin yang tidak dapat datang, siapalah yang nak dijadikan pengganti. Orang lain pula yang disandingkan nanti.

"Kak Ana, Amir manalah reti nak jadi pengapit-pengapit ni. Amir dulu-dulu join orang main kompang je. Kak Ana carilah orang lain ya."

"Esah, kau jadi pengapit kak Ana ya? Kak Amir tau kau mesti suka sangat dapat jadi pengapit kan?" Amir tolong Suhana bertanyakan Esah, anak dara makcik Hasnah yang baru berusia 14 tahun.

Esah gelengkan kepala, "Tak mahulah kak Amir. Esah kan muda lagi. Tak sesuai la nak jadi pengapit. Tapi...kalau jadi flower girl, Esah naklah....hehehehehe." Esah buat lawak dengan Amir. Dah sekolah menengah ada hati nak jadi flower girl.

"Hmmm...kalau macam tu, apa kata kak Intan yang jadi pengapit kak Ana. Kak Intan mesti lagi banyak pengalaman jadi pengapit kalau nak dibandingkan dengan Amir ni," Amir melobi Intan untuk membebaskan dirinya dari rayuan Suhana.

"Eh mana boleh. Anak-anak kak Intan nanti siapa nak jaga? Amir nak jagakan ke?"

Anak-anak kembar Intan yang baru berusia setahun 7 bulan itu memang tengah ligat. Amir jaga baby? Silap-silap Amir yang menangis dibuli si kembar Hafiz dan Hafizah.

"Kak Ana...Amir nikan tak kahwin lagi. Orang kata tak elok orang bujang jadi pengapit. Nanti jodoh Amir lambat sampai kak. Kesian Amir. Umur sekarang ni pun bukannya muda sangat," Amir guna alasan yang dia sendiri tak sangka boleh keluar dari mulut lepasnya itu.

"Hai..tak lama lagi Jamaliah pulak yang nak bermenantu. Si Amir dah sebut-sebut pasal jodoh tu." Amir pula yang diusik.

"Kamu jangan risaulah Amir, sekarang ni dah ada LRT, monorel, kapal terbang, kapal selam, macam-macam ada. Tak ada maknanya lambat. Bukannya kena jalan kaki pun kalau orang nak meminang kamu tu," makcik Hasnah menyampuk sambil pinjam tagline iklan Astro.

Semua yang ada di dapur menggelakkan Amir. Padan muka Amir. Mulut celupar sebut pasal jodoh. Ada jugak hati si Amir ni nak kahwin rupa-rupanya.

Akhirnya, Amir terpaksa juga bersetuju dengan keputusan yang dibuat tanpa kerelaan hatinya.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Di ruang tamu rumah, pakcik Hassan dan makcik Jamaliah sedang menunggu Amir yang masih bersiap-siap di dalam bilik. Awal-awal pagi lagi, mereka berdua telah pergi membantu orang-orang kampung yang lain memasak. Kini, mereka hadir sebagai jemputan kenduri pula. Waktu inilah juga makcik Jamaliah hendak bergaya melainkan ketika hari raya.

"Amir! Cepatlah sikit. Sempat bersanding si Suhana tu nak tunggu kamu," pakcik Hassan sudah menjerit memanggil Amir. Apalah yang dibuat si Amir di dalam bilik itu. Bersolek ke? Setahunya, atas meja solek Amir cuma ada bedak bayi Johnson & Johnson, pelembap bibir yang Amir guna untuk elakkan bibirnya kering dan berdarah serta minyak wangi yang dihadiahkan Zaleya, anak sulung mereka sempena ulangtahun kelahiran Amir tahun lepas.

"Siap Abah! Jom kita pergi makan sekarang," Amir keluar dari biliknya. Memang sah Amir tak bersolek. Rambutnya cuma diikat ekor kuda. Nasib baik Amir tak gunakan getah tempe untuk mengikat rambutnya itu.

Di tepi-tepi jalan menuju rumah makcik Timah, kereta sudah bersusun sehingga menyebabkan mereka terpaksa menapak agak jauh. Kebanyakannya plat-plat kenderaan luar. Mungkin kepunyaan saudara-mara dan kawan-kawan Suhana.

Mata Amir terfokus pada satu kenderaan yang diletakkan betul-betul di bawah pohon rambutan yang rendang.

"Mamat sewel tu balik ke? Malam tadi masa kak Ana nikah, aku tengok kereta buruk dia tak ada lagi. Bila masa pulak dia balik ni?" Amir membebel sorang-sorang.

"Awak cakap apa tu Amir?" makcik Jamaliah risau melihat anaknya yang seorang itu. Kalau ada yang memerhati, pasti disangkanya Amir budak tiga suku.

"Tak ada apalak mak."

Mereka bertiga menuju ke khemah tetamu untuk menjamu selera.

"Kak Amir, kak Ana suruh masuk bilik dia. Dia suruh pergi sekarang jugak," Esah sampaikan pesanan Suhana.

Niat Amir hendak menuju khemah bagi mengisi perutnya yang sedang berkeroncong lagu zapin terbantut. Amir menurut sahaja kata-kata si Esah.

"Kak Ana cari Amir kenapa?Amir baru nak makanlah kak Ana," Amir terjengul di muka pintu kamar pengantin Suhana yang bertemakan warna gold dan krim. Nampak ringkas tetapi cantik. Suhana telah siap dihias oleh mak andamnya. Nampak berseri-seri wajah pengantin baru itu.

"Nanti Amir makan dengan kak Ana ya. Amir cepat duduk sini. Biar mak andam kak Ana ni mekapkan Amir," Suhana bagi arahan yang agak menakutkan Amir.

"Pengapit kak Ana pun kena cantik macam kak Ana. Ni entah pakai bedak ke tak kamu ni kan? Cepat duduk sini. Esah, jaga kak Ana tu jangan bagi dia lari pulak."

Amir memamg dah rasa nak masuk pertandingan lumba lari 100 meter.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Pasangan pengantin telah selamat disandingkan. Amir juga dah kenyang makan di meja makan pengantin.

"Nasib baik dapat makan sedap. Berbaloi jugak aku terseksa macam ni," Amir gelak sorang-sorang.

"Amir, nanti kamu tolong bawakan separuh lauk-lauk pengantin tu ke dalam rumah. Ada separuh makcik dah suruh Esah berikan pada tetamu-tetamu yang ada," makcik Hasnah minta pertolongan Amir.

"Baik cik Hasnah," Amir turut perintah sambil buat tabik hormat.

Amir angkat pinggan ayam golek yang masih tak berusik. Seekor lagi Esah dah berikan pada kawan-kawan Suhana. Dengan penuh keyakinan Amir melangkah menuju ke dapur rumah. Tiba-tiba, Amir rasa badannya tidak seimbang. Amir terpijak kain yang dipakainya. Amir nak tersungkur.

"Mak!" Amir menjerit kecil.

Amir rasa ada seseorang yang memaut badannya. Amir tak jadi jatuh. Amir dapat mencari titik keseimbangannya semula.

"Nasib baik tak jatuh. Kalau tak....mandi kuah ayam goleklah aku hari ni," Amir lega dalam hati.

"Lain kali kalau tak reti nak jalan ayu-ayu sikit, kau tukarlah kain tu dengan seluar jeans. Nasib baik ada orang handsome macam aku ni yang sudi nak tolong kau. Hahahahaha," 'hero' Amir mula bersuara.

"Macam pernah dengar je suara sumbang ni," Amir dah cuak. Amir pusingkan badan dan....

"Kau!"

Amir diam, kaku dan beku macam tugu negara. Amir terpaku. Amir kena panah arjuna?



Monday 10 August 2009

Jangan Nakal ~part 3~

Amir cuma mengenakan t-shirt lengan pendek longgar berwarna hitam dan jeans kelabu. Rambutnya dibiarkan lepas. Nasib baik Amir masih berpenampilan seorang perempuan. Cuma apabila Amir mula buka mulut, dari butir percakapan serta perlakuannya memang boleh diagak, Amir bukan gadis lemah lembut. Amir kasar dan butir bicaranya lepas bebas tak terbatas.

"Amir, dah siap ke belum?"

"Dah mak. Jomlah kita pergi," Amir mencapai kunci Neo hitamnya.

Makcik Jamaliah pandang Amir dari atas ke bawah, bawah ke atas.

"Mak pandang Amir macam tu kenapa? Amir pakai baju terbalik ke? Haaaaaaa...mak jangan nak suruh Amir pergi tukar pakai baju kurung pulak. Kita nak pergi tolong je kan? Belum hari kenduri lagi kan?" Amir buat muka risau, takut makcik Jamaliah turunkan titah perintah yang Amir perlu pakai baju kurung.

"Tak. Rambut awak dah panjang. Mak ingat mak tak dapat nak tengok awak tu berambut panjang," makcik Jamaliah senyum. Lega melihat penampilan terbaru Amir. Rambutnya kini telah melepasi bahu. Ukuran paling panjang semenjak 25 tahun Amir hidup atas muka bumi ini.

"Mak nak Amir potong rambut pendek ke? Petang ni jugak Amir pergi kerat rambut ni," Amir menyampaikan hajatnya, namun semuanya cuma di mulut. Di hati, Amir mula sayangkan rambutnya itu. Entah mengapa setahun dua ini, penampilannya mula berubah sedikit demi sedikit. Semakin feminin dan Amir semakin selesa dengan dirinya yang agak baru.

"Jangan awak nak mengada-ngada. Dah, cepat kita bergerak."

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Neo hitam Amir sudah memasuki halaman rumah makcik Timah. Kereta Suhana, bakal pengantin baru juga ada berparkir di halaman rumah tersebut.

"Mak, kenapa lapang je laman rumah cik Timah ni mak? Mana bangsalnya?" Amir tanya makcik Jamaliah.

"Hari ni kan baru hari Isnin. Awal sangat nak pasang bangsal. Lagipun makcik Timah pasang bangsal untuk orang memasak je. Tempat tetamu pakai canopy la. Tak main la bangsal-bangsal Amir. Hahahahaha," makcik Jamaliah terus menuju ke pintu bahagian dapur rumah jirannya itu, meninggalkan Amir yang tegak di sebelah kereta kesayangannya.

Amir bercakap kepada dirinya, "Bangsal dengan canopy tu lain ke? Zaman dah berubah, dunia makin maju. Orang kampung pun dah tak pakai bangsal la Amir. Semua guna canopy yang ada langsir-langsir cantik tu. Mak! Tunggulah Amir mak!"

"Jamaliah..masuklah. Eh, Amir pun ada. Kamu cuti ke Amir?" makcik Timah bersalaman dengan mereka berdua.

"Cuti kak Timah, sampai hujung minggu ni. Senanglah saya nak kemari tiap-tiap hari," makcik Jamaliah tolong jawabkan bagi pihak Amir.

"Apa yang nak dibuat ni kak Timah?" tanya makcik Jamaliah sambil bersalaman dengan makcik-makcik lain yang sekampung dengan mereka. Adat di kampung mereka, sekiranya ada kenduri-kendara terutamanya kenduri kahwin, kaum-kaum ibu akan sibuk membantu persiapan tuan rumah.

"Hari ni kita buat bunga telur. Si Suhana tu ada dibelinya bunga telur yang dah siap, tapi akak nak tambah sikit. Boleh jugaklah diberikan pada saudara mara dan jiran-jiran. Bunga telur yang Suhana beli tu bolehlah diberikannya pada kawan-kawan dia."

Amir buat muka resah gelisah. Nak kena tolong buat bunga telur. Ini memang kerja wanita sejati ni.

"Cik Timah, Amir tolong cik Timah gantung langsirlah ya?" Amir sengih kambing di sebelah ibunya.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Pejam celik sudah hampir seminggu Amir berada di rumah ibu bapanya semenjak peristiwa Amir pengsan di muka pintu. Bermakna malam esok Suhana akan dinikahkan dengan pasangannya. Majlis persandingan pula akan diadakan pada sebelah siang keesokan harinya.

Selama empat hari jugalah Amir dan makcik Jamaliah ke rumah makcik Timah untuk membantu. Amir juga rajin membantu, tetapi bukannya di dapur. Amir lebih berminat membantu makcik Timah membaiki lampu dari menyiapkan hantaran dan mengupas bawang.

"Mak, Amir lebih rela belah kayu dari kupas bawang. Biarlah bahu Amir ni sakit hayun kapak dari mata Amir ni pedih" Amir memang alah dengan bawang. Baru sebiji bawang dikupas, Amir dah meraung macam kena dera dengan makcik Jamaliah.

"Orang dah tak pakai kayu dah sekarang ni, bolehlah awak cakap macam tu."

Tiba-tiba, Suhana dengan wajah yang cemas meluru masuk ke bahagian dapur. Amir dan anak-anak gadis lain yang lain sedang sibuk melipat kotak untuk diisikan dengan gula-gula, terperanjat dengan tingkah laku Suhana.

"Amir! Amir kena tolong kak Ana," Suhana dah memegang tangan Amir dengan muka penuh mengharap.

Amir pelik. Pelik dan terperanjat sebenarnya. Kenapa pula dengan Suhana? Tunangnya sms tak jadi nak kahwin ke? Semua yang ada di dapur turut terpaku melihat Suhana dan Amir buat drama swasta.

"Kak Ana kenapa ni? Nak Amir tolong apa?"

Ternganga mulut Amir mendengar permintaan Suhana. Kalau ada lalat, muatlah beberapa ekor terbang dalam mulut si Amir tu.

"Bolehlah Amir. Boleh ya? Tolonglah kak Ana Amir," Suhana merayu-rayu di sebelah Amir.

"Tapi kak Ana, Amir..." Amir belum sempat habiskan ayat penyata, Suhana dah memotong percakapannya.

"Boleh ya? Kak Ana anggap Amir setuju. Terima kasih Amir. Kak Ana sayang Amir...mmuuuaahh" satu ciuman Suhana hadiahkan kat pipi Amir. Amir terdiam tak mampu nak kata apa-apa. Biar betul Suhana ni?

Friday 7 August 2009

Jangan Nakal ~part 2~

Ringtone "Kau Aku" nyanyian Aizat tengah melalak di tepi telinga Amir yang sedang lena tidur menandakan ada panggilan yang masuk. Dalam keadaan mamai, Amir jawab juga panggilan tersebut walaupun dalam hati menyumpah berbakul-bakul.

"Hello. Assalamualaikum ... uwaaaagghhh" Amir sempat menguap menunjukkan yang dia baru terjaga dari mimpi. Mimpi apalah si Amir ni. Kahwin dengan putera katak gamaknya.

"Hoi Amir! Awak dekat mana tu? Awak tahu tak sekarang ni dah pukul berapa? Kenapa tak masuk kerja lagi?" macam peluru berpandu orang di talian sebelah sana menyoal Amir.Sudahlah salam Amir tak berjawab, main hoi pulak. Siapalah yang kurang sopan ni?

Terbuntang biji mata Amir mendengar suara sumbang yang menyakitkan cuping telinganya semenjak dua menjak ini yang berada di talian. Amir memang cukup benci dengan suara tu.Suara hamba Allah yang amir rasakan datang dari planet yang sama dengan Mr. Bean walaupun hakikatnya, Amir tahu dia juga anak manusia.

"En. Faezal nak apa ni kacau saya tidur di pagi Isnin yang indah dan cerah ni?" Amir sengaja reka ayat yang menyakitkan hati.

"Nak apa awak tanya? Dah pukul 9.00 pagi dah ni. Kenapa awak tak masuk office lagi? Saya ada banyak perkara yang nak dibincangkan dengan awak ni. Urgent!" Faezal sembur Amir lagi. Faezal bin Ismit, ketua Amir di kilang, tempat Amir makan gaji.

"En. Faezal ternak semut ke dekat rumah tu? Kan saya cuti hari ni. Saya cuti seminggu En. Faezal. Seminggu," Amir tekankan perkataan seminggu tu. Biar anak pakcik Ismit ni faham sikit. Pakcik Ismit? Ismit ulam raja ke Ismit ulam pegaga? Ops...mintak maaf pakcik, tak sengaja.

Faezal buat muka terkejut macam nampak arnab lumba lari dengan kura-kura. Puas Faezal berfikir waktu bila dia membenarkan Amir mengambil cuti panjang sehingga seminggu. Banyak sangat ke semut yang Faezal tertelan baru-baru ini?

"Bila saya approve cuti awak?"

"Big boss yang approve En. Faezal. Dah la En. Faezal. Jangan kacau saya seminggu ni. Jangan ganggu kebahagiaan saya. Saya baru je nak rasa macam terbang di awang-awangan tak dengar suara En. Faezal tahu tak? Okay..bye" Amir terus tekan butang end call.

Faezal di hujung talian sebelah sana tercengang-cengang dan semakin tak faham. "Big boss approve cuti budak ni? Kenapa dia pergi minta cuti kat big boss?"

Tiba-tiba Faezal teringat sesuatu. Jumaat lepas, waktu Faezal di dalam plant, dia dapat panggilan dari big boss. Keadaan yang agak bising dengan bunyi-bunyi mesin menyebabkan Faezal cuma berkata 'Yes' dan 'Ok' sahaja. Dia cuma mendengar big boss ada menyebut Amir dan cuti. Perkataan seminggu tak pula dapat ditangkap dek gegendang telinga Faezal.

"Amir ni memang suka menyusahkan aku," Faezal geram sendiri.

Di kampung halaman Amir yang indah dan permai itu pula, makcik Jamaliah sedang sibuk menyediakan sarapan untuk mereka bertiga.

"Mak masak lempeng ke mak? Sedapnya. Sambal tumis ada mak?" Amir terus buka tudung saji mencari sambal tumis ikan bilis. Seperti yang telah dijangkanya, sambal tumis kegemarannya telah siap terhidang.

"Amir! Bangun tak berus gigi, tak cuci muka, awak dah nak menghadap makanan. Anak dara apa awak ni? Anak siapalah ni?" makcik Jamaliah dah bercekak pinggang sambil tangan yang sebelah lagi menghayunkan sudip lempeng seakan-akan nak mengetuk kepala Amir.

"Anak mak dengan abah la. Takkan Amir ni anak buloh betong pulak. Ke mak dengan abah kutip Amir dekat tepi jalan? Mak jumpa Amir dalam kotak ye mak? Patutlah Amir ni tak sama dengan kaklong dan yang lain-lain," Amir buat ayat syahdu di pagi-pagi hari, kalah kesyahduan di pagi aidilfitri.

Pakcik Hassan yang baru pulang dari pekan pula menyampuk,"Memang abah jumpa kamu dalam kotak dekat bawah pokok pisang sebelah rumah Lebai Mat tu. Kalau abah tahu perangai kamu bila dah besar macam ni...abah biar je kamu dekat bawah pokok tu." Amir terdiam. Amir anak terbuang?

Sunyi seketika keadaan di dapur itu, yang kedengaran kini cumalah esakan kecil dari hujung meja makan. Amir dah mula menangis,"Sampai hati abah cakap Amir anak dalam kotak. Macamlah Amir tak tahu mak bersalinkan Amir dalam ambulan masa nak pergi hospital. Masa mak mengandungkan Amir, mak mengidam nak makan angsa kesayangan atok."

Pakcik Hassan dan makcik Jamaliah tergelak mendengar hujah-hujah pembelaan diri Amir."Awak yang mula sebut anak dalam kotak, abah awak layankan ajalah..kan bang?" makcik Jamaliah kenyit mata dengan pakcik Hassan. Mesra betul mak dan abah Amir ni.

Amir sengih nampak gigi. Cuak juga kalau memang betul dia anak dalam kotak. Tapi Amir memang yakin dia anak mak dan abah. Dia cantik macam mak dan dia juga bijak berkata-kata macam abah. Amir memang anak mak dan abah. Amir juga anak manja mak dan abah. Sebab itulah Amir mudah menangis bila di usik mak dan abah.

"Amir, petang nanti awak ikut mak ke rumah makcik Timah. Kak Suhana awak nak kahwin hujung minggu ni. Kita ni jiran sekampung kenalah selalu jenguk-jenguk, tolong mana yang patut. Kebetulan awak balik cuti ni, senanglah mak nak ke sana," makcik Jamaliah memberi arahan.

"Yelah mak, nanti kita pergi ya," Amir bersetuju dengan mulut penuh yang disumbat lempeng. Tanpa menggosok gigi dan mencuci muka, Amir menikmati lempeng hasil tangan ibunya. Memang tak ada siapa nak buat jadi menantulah si Amir ni.

Tiba-tiba,"Mak..kita nak pergi rumah siapa mak? Makcik Timah yang mana mak?"

"Ramai sangat ke makcik Timah dalam kampung ni yang ada anak nama Suhana, Amir?" soalan Amir dijawab pertanyaan oleh pakcik Hassan.

"Alamak..habislah aku," Amir rasa nak tercekik.

kenapa x bleh nk post entri ni??

kenapa asyik ada html error..waaaaaa...x faham!!!

Thursday 6 August 2009

Jangan Nakal ~part 1~

“Assalamualaikum. Mak! Abah! Amir dah balik ni.”

“Mana pulak mak dengan abah ni? Takkan menyorok takut aku balik kut?” Amir membebel sendirian di muka pintu.

“Mak! Abah! Jangan la nak main sorok-sorok dengan Amir pulak,” Amir buat lontaran vokal sekali lagi.. Tiba-tiba, Papp!! Amir rasa bahunye ditepuk orang dan apabila dia berpaling, “Mak! Abah! Amir nmpak hantu!” Selepas itu Amir rasakan dunianya gelap gelita. Eh aku pengsan ke ni? Hantu ke tadi tu? Kalau hantu pengsan jelah..

“Amir! Bangun! Jangan kamu nak pengsan lama-lama. Abah letak kamu bawak pokok pisang tepi kubur tu nanti baru kamu tahu,” ugut pakcik Hassan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya seakan tak percaya dengan aksi yang dilakukan Amir. Anak bongsunya itu memang lain daripada yang lain. Kalau diikutkan degil, keras kepala dan nakal, memang anak bongsunya itulah yang jadi juara. Penakut pun si Amir jugalah juaranya. Ibu dan ayah yang baru pulang dari masjid pun disangkakannya hantu.

“Mak! Apa yang Amir nampak tadi mak? Amir nampak makhluk putih je tadi mak.”

“Awak ni memang penakut la. Konon ganas sangat. Mak dengan abah awak balik dari masjid awak katakan hantu. Apa?? Muka mak yang cantik ni ada rupa hantu ke? Abah awak tu, mak tengok hensem je lagi. Awak kata hantu pulak,” usik makcik Jamaliah kepada anak bongsunya itu.

Owh..mak dengan abah balik dari masjid pakai jubah dengan telekung ke yang aku Nampak tadi..hehehehe..macam mana la boleh rasa macam nampak hantu pulak tadi. Memang la kau ni penakut Amir

“Sudah..pergi bangun. Mandi. Kamu tu dah solat ke belum Amir?” soal si ayah. Pakcik Hassan memang pantang kalau ada anak-anaknya yang culas dalam solat.

“Amir ABC bah, hehehe..” Amir sengih.

“ABC? Apa pulak tu Amir?” Makcik Jamaliah buat muka blur.

“Allah bagi cutila mak” Amir sengih lagi. Amir dapat cuti solat ke? Mestilah, inikan Amira Sofea binti Hassan.

Anak perempuan bongsu pakcik Hassan yang perangainya tak sama macam kakak-kakaknya. Mungkin waktu makcik Jamaliah mengandungkan Amir, makcik Jamaliah nak sangat anak lelaki. Itu yang terkenan dekat si Amir. Nasib baik Amir tak jadi tomboy. Cuma perlakuan Amir sahaja yang agak kasar tak seperti anak-anak gadis lain.

Selesai membersihkan diri dan bersiap, Amir laju-laju melangkah ke dapur yg terletak di bahagian bawah rumah mereka. Rumah kampung, kebiasaannya yang letaknya di bahagian bawah mestilah ruang dapur.

“Mak masak apa? Bau macam sedap,” Amir terus meluru melihat emaknya sedang mengacau masakan dalam periuk. Kecur air liur Amir melihat ikan gerut-gerut masak lemak cili api. Ada pula belimbing buloh dan bunga kantan dalam ramuan masakan makcik Jamaliah. Memang antara makanan kegemaran Amir. Amir..semua masakan makcik Jamaliah memang makanan kegemarannya waima telur kicap sekalipun.

“Dah..awak pergi susun pinggan dengan gelas atas meja makan tu. Bancuh air sekali. Sesekali jadi anak dara apa salahnya. Anak teruna makcik Timah yang tiga orang tu lagi boleh diharap dari awak tu. Takkan mak suruh bancuh air pun tak reti” Makcik Jamaliah masuk mode membebel.

Dengan mulut muncung Donald Duck, Amir melangkah ke kabinet dapur dan memulakan kerja-kerja membancuh air. Bukan susah mana pun, tuang kordial dalam jug air, tambah air kosong dan letak air batu. Mendengar makcik Jamaliah menyebut perihal tiga orang anak teruna makcik Timah, Amir teringat seseorang.

“Apehal kamu senyum sorang-sorang tu Amir? Makruh tau senyum sorang-sorang. Kamu teringatkan siapa di KL tu sampai macam orang angau abah tengok.”

Amir sengih sampai ke telinga diusik abahnya. Sambil menatang dulang air, “Mana ada ingat sape-sape abah. Cepatlah abah, baca doa. Amir dah lapar gila ni. Dari malam tadi Amir tak makan nak tunggu masakan mak ni..hehehe.”

Terasa kelainan makan malam mereka hari itu.Selalunya pakcik Hassan dan makcik Jamaliah candle light dinner berdua . Malam ni Amir tumpang dinner mereka sekali.Dalam hati pakcik Hassan tertanya-tanya apa yang menyebabkan anak bongsunya itu tiba-tiba sahaja terpacak depan muka pintu rumah mereka. Kalau terpacak tegak, tak mengapalah juga. Ini siap pengsan lagi. Terpaksalah pakcik Hassan exercise, mencempung badan anaknya itu ke dalam rumah.

“Awak ni, selalunya kalau nak balik jenguk mak dengan abah, awak call mak dulu. Ini tiba-tiba je awak muncul. Kenapa?” makcik Jamaliah yang sememangnya sehati dan sejiwa dengan pakcik Hassan mula menyoal Amir seakan-akan dapat membaca apa yang ada di benak suaminya itu.

“Kredit habislah mak. Amir memang nak call mak. Lepas office tadi terus Amir drive balik sini,” Amir terpaksa kelentong mak dan abah. Ya, memang ada sebab lain Amir memandu ke kampung halamannya tanpa sebarang notis pemberitahuan kepada orang tuanya.